Pergi ke kandungan

Ahmad Fanakati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Fanākatī, juga diterjemahkan Ahmad Banākatī (Parsi: احمد فناکتی/احمد بناکتی; 1239 – April 1282) ialah seorang Muslim dari Kerajaan Kara-Khitan yang berkhidmat sebagai kanselor tinggi. Beliau memulakan kerjaya sebagai menteri kewangan dinasti Yuan. Beliau mendapat pujian secara amnya kerana berjaya menubuhkan sistem kewangan dinasti Yuan dengan memakai wang kertas dan memulihara semula ekonomi dengan cepat pada bekas wilayah Dinasti Song. Dia dianggap sebagai "menteri jahat" dalam sejarah dinasti Ming dan Qing hanya kerana dituduh melakukan rasuah. Mayatnya diperlakukan secara keji dan semua anaknya dibunuh.[1]

Ahmad Fanākatī lahir di Fanākat atau Banākat, sebuah bandar besar di utara Sungai Syr Darya (kini Uzbekistan). Ahmad dan keluarganya dibawa ke wilayah pentadbiran Kublai oleh Jamui Khatun. Sejak 1264, dia telah dipercaya untuk mengawasi kewangan negara. Pada 1270, dia ditunjuk sebagai Menteri Kewangan (Shangshu Sheng) dan berjaya menaikkan pendapatan ekonomi di China Utara. Meluaskan pengaruhnya bersama Muslim lain dalam tubuh Dinasti Yuan. Selepas bersurainya pengaruh Song, dia mentadbir jalannya ekonomi di China Selatan. Melakukan monopoli garam dan menyerahkan aktiviti perdagangan kepada ahli keluarga dan pakatannya. Hal ini membuat keluarga kaya dari etnik Han yang sudah memegang kegiatan ini sejak ratusan tahun lamanya marah dan menjadi awal persaingan politiknya mencabar kedudukan mereka yang belum pernah tersaingi sebelumnya.

Marco Polo, dalam bukunya menuliskan bahwa Ahmad Fanakati atau Bailo memiliki pengaruh yang besar dalam kerajaan. Dia mempunyai 25 anak.

Persaingan politik di Istana China

[sunting | sunting sumber]

Ahmad secara amnya oleh kebanyakan penduduk China dipandang jelek kerana menunjuk ahli keluarga dan pakatannya untuk menjawat kegiatan ekonomi. Banyak khabar berhembus bahawa dia melakukan korupsi, rasuah dan lainnya meskipun beliau secara kompeten mengatur kewangan empayar yang sangat luas, memenuhi keperluan penduduk Mongolia akan barang keperluan dan penggunaan jiaochao (wang kertas) yang sangat rapuh dengan inflasi di bekas wilayah Dinasti Jin dan Song. Selepas bersurainya Dinasti Song, wewenang Shangshu Sheng diluaskan. Kementerian Ekonomi dan Sipil disatukan. Kekutan politik Ahmad Fanakati yang perlahan bertambah membuatnya seperti bersaing dengan Putera Mahkota Jingim dan aristokrat Mongol yang lain. Kerana kedekatannya dengan keluarga Borjigin, Ahmad Fanakati dinilai layak untuk mengikuti Kurultai dan menjadi Maharaja. Hal ini sempat ditakutkan oleh Jingim dan bawahannya.

Kematian Chabi Khatun pada 1281 menandakan tidak adanya penengah di antara faksi dan seseorang yang boleh memperingati Kublai Khan. Pada 1282, Ahmad dibunuh secara terang-terangan oleh dua jeneral, Wang Zhu dan Gao Heshang. Kublai Khan yang ironiknya lebih mempercayai dua panglima ini kemudian menyuruh untuk menggali semula kuburannya. Mayatnya dimakan oleh haiwan buas dan tulangnya ditumbuk dengan kaki kuda. Wang Zhu merasa bahawa hukuman itu masih belum seberapa berbanding dengan perbuatannya. Dia menyarankan kepada Kublai untuk membunuh semua anak-anak Ahmad dan menyerahkan semula perdagangan garam yang dipegang oleh faksi Ahmad Fanakati dari bekas wilayah Song. Hal ini disesali oleh Kublai Khan selepas kematian cucunya, Dharmabala pada 1292.

Ahmad ialah tokoh aristokrat yang jahat dalam pandangan China, di Mongolia dia dianggap sebagai pejawat yang cekap dan setia kepada Khagan. Dalam Jami al-Tawarikh, dia dikisahkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh dalam kestabilan pentadbiran dalam masa awal Dinasti Yuan. Meski dianggap sebagai orang yang korup, sistem ekonominya yang unik dalam mentata penggunaan wang kertas dipakai hingga era reformasi Dinasti Qing.

  1. ↑ Rossabi, Morris, penyunting (2013). Eurasian Influences on Yuan China. Jil. 15 of Nalanda-Sriwijaya series. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 20. ISBN 978-9814459723. Dicapai pada 24 April 2014.