Catatan Duha
Kepimpinan yang dihormati bukan diukur pada indahnya ucapan, tetapi pada sejauh mana janji ditepati dan kata-kata dibuktikan dengan tindakan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 19 Safar 1448, 3 Ogos 2026 Isnin
Catatan Duha
Semakin tinggi darjat seseorang di sisi Allah, semakin besar kemungkinan ujiannya di dunia. Jangan ukur kemuliaan dengan kesenangan, tetapi dengan ketabahan menghadapi ujian. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 8 Safar 1448, 24 Julai 2026 Jumaat
Catatan Duha
Dunia bukan tempat membalas segala kebaikan. Di sinilah orang soleh diuji, para ulama difitnah dan para wali disakiti. Balasan sebenar menanti di akhirat. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 7 Safar 1448, 23 Julai 2026 Khamis
Catatan Duha
Kemuliaan di sisi manusia belum tentu tanda kejayaan. Tetapi kemuliaan di sisi Allah sering didahului dengan ujian, fitnah dan pengorbanan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 6 Safar 1448, 22 Julai 2026 Rabu
Catatan Duha
Orang soleh tidak semestinya hidup tanpa derita. Para ulama tidak semestinya sentiasa dipuji. Para wali tidak semestinya bebas daripada kezaliman. Itulah harga sebuah kemuliaan di sisi Allah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 4 Safar 1448, 20 Julai 2026 Isnin